Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi maha Penyayang..
Sesungguhnya Allah menyimpan beberapa rahsia untuk kita dimana sampai
waktunya, rahsia tersebut akan terbongkar juga.. contoh rahsia adalah waktu
ajal kita, hari kiamat, berapa banyak pahala dosa kita dan sebagainya.. but the
most exciting secret is …….. jeng jeng
jeng!!! rahsia jodoh.. betul tak? (angguk je even korang rasa tak betul pun)
Kalau cakap tentang jodoh nikah kahwin ni, memang excited la.. topik ni
sesuai di utarakan masa dalam bilik dengan rumatez, (tempat public plez don’t sebab
nanti orang ingat korang ni gatal merenyam) time mata dah layu, badan dah kuyu, muka dah mencium meja, otak dah saturated (tepu) study.. sure kalau bincang topik ni dengan rumatez, mata
segar-bugar, badan tegak 90 degree, muka senyum2 sampai telinga dan otak tetiba aktif
dan mampu mengeluarkan idea2 bernas..
Sebenarnya kan, jodoh ni kadang2 datang tetibe je.. tak dijangka2.. mugkin jatuh
dari langit, melompat dari tepi kolam atau muncul macam ninja depan kita.. atau mungkin jodoh kita orang yang ada depan mata kita.. yang kita kenal lama dah.. yang kita rasa muak dah tengok muka dia sebenarnya.. dari zaman hingus meleleh, zaman
main congkak, batu seremban atau main kejar2..
Ada orang jodohnya pilihan sendiri.. ada orang jodohnya pilihan keluarga.. saya bukan nak bahas jodoh pilihan sendiri atau pilihan keluarga yang mana satu lebih baik.. tak kira
takdir kita itu pilihan sendiri atau pilihan keluarga, yang penting kita dah siapkan diri kita untuk menjadi zauj/zaujah yang terbaik.. itu yang yang utama.. kita sudah siapkan
diri untuk menjadi imam/sayap kiri yang hebat.. belajar ilmu rumah tangga.. nak jadi suami
yang baik dan bertanggungjawab harus bagaimana.. nak jadi isteri yang di sayangi suami harus bagaimana..
nak jadi ayah dan ibu yang terbaik untuk anak2 bagaimana.. semua itu memerlukan
ilmu.. nak pergi berperang pun kene ada weapon perisai n so on, nak jawab exam pun otak kena full
dengan segala bagai formula kira2 equation.. untuk alam marriage ni pun WAJIB ada preparation.. kalau tak, tersungkur tersembam mencium bumi di tengah jalan..
Berapa ramai yang berkahwin tapi perkahwinan mereka tak kekal.. one of the factor adalah kerana tiada ilmu.. kalau ada tapi tak praktikkan pun wasteless je..
belajar dari buku2 atau ambil tips2 dari orang2 yang berpengalaman.. jadikan
perkahwinan sampai ke syurga adalah matlamat kita.. berusaha untuk pertahankan
perkahwinan yang di bina kerana masa yang di ambil untuk dipertemukan dengan jodoh kita itu cukup
lama.. cukup payah.. kita terpaksa menempuh macam2 situasi, macam2 masalah, macam2 orang macam2
ragam sebelum kita jumpa dia.. jadi, takkan nak biarkan perkahwinan tu end like that je? tapi andai kata kita sudah berusaha sedaya upaya, namun kita tetap gagal, tak mengapa..
yang penting kita sudah berusaha.. kita sudah berjuang untuk pertahankan segala yang ada..
kerana mugkin takdirnya begitu..
#marriage is not living together but loving together..
nabi Muhammad adalah suami yang membuktikan hakikat itu dalam kehidupan berumah
tangganya lebih 1400 tahun yg lalu#
waaaa. tak tau pon ada blog ni . haruslah follow . haha . wink wink *
ReplyDeletehahaha.. sila2.. =D
Deleteuntuk Fareed Zahari..boleh dah kenal-kenalkan calon zaujah kamu itu
ReplyDeletehahahaha.. zaujah anda encik saudagarsyurga bila nk knl kn kt kami pulak ye? =P
Delete