(1)Boleh kasi hint dan tengok reaksi dia macam mana atau (2)kasi
hint yang lagi obvious kalau dia macam tak dapat tangkap atau (3)direct confess.
Kasi hint ni kau banyak bermain dengan andaian. Dan ‘game’
ni agak meletihkan aku rasa. Sebab kadang-kadang bila kau decide nak move on sebab
kau rasa dia tak suka kau, eehh tiba-tiba respond dia macam positif pulak. Macam
main tarik tali pun iya.
Tapi kalau kau rasa da cukup obvious hint kau tu, dan
respond dia macam negative, angkat kaki dan berlalu pergi. Maksud aku bukan tak
berkawan dah. Is just kau dah tutup pintu hati kau untuk mengharap dan suka
dia.
Direct confess ni pulak tak semua orang boleh buat tapi
kalau tanya aku, ini cara paling berkesan dan cepat. Berkesan sebab kau tak ada
nak siksa hati kau dengan buat apa-apa assumption dan cepat untuk kau buat next
steps such as move on kalau kena reject.
Ye aku tau. Malu gila kan kalau kena reject. Lagi-lagi
kalau kita yang perempuan ni confess dulu. Kawan aku lepas dia confess, dia
cakap 70% lega 30% menyesal. Haha. Eh
itu lagi bagus dari selamanya kau stuck dalam kisah yang tak ada ending. Right?
Aku selalu cakap dekat kawan-kawan aku. Jodoh yang salah
ni ibarat batu besar yang menghalang jodoh sebenar kau untuk datang. So kena
buang dulu batu besar ni baru boleh jodoh sebenar kau lalu terus ke hati dan
hidup kau. Hahaha.
Dan aku pesan jugak, jangan buang masa untuk benda yang
tak pasti. Contoh kau suka dia dan kau rasa dia ni macam suka kau jugak. Tapi dah
sampai bertahun pun dia tak cakap apa-apa. Tak rasa buang masa muda kau macam
tu je? Hmm.
Entahlah. Aku tak
faham jugak lelaki ni. Tapi dari nasihat kawan lelaki aku, lelaki kalau suka
perempuan tu dia akan usaha. Dia takkan biarkan kau terkapai-kapai. Dia yang
akan buat move. Iya. Ada yang exceptional cases. Mungkin lelaki tu pemalu or so
on. But again, kau kena bijak dalam membaca body language dia.
Jangan tertukar dengan kemungkinan dia cuma rasa selesa dengan
kau sebagai kawan atau memang dia suka kau as special one. There is a huge difference
tau. Sebab tu kena pandai analyse. Perhati betul-betul.
Sebab ada kes lelaki ni punya caring, sweet tapi alih-alih
one fine day, dia upload gambar dengan awek dia. *rolling eyes*
Oh dan lagi satu. Kasi timeline. Contoh kau dah kasi hint
dekat dia, tapi dalam tempoh 2 or 3 bulan dia macam tak faham jugak (atau dia
sebenarnya buat-buat tak faham), then kau boleh decide nak suka lagi atau nak
stop. Kemungkinan besar dia memang tak suka kau.
Apa pun pilihan kau, nak terus suka dalam diam, nak
menunggu, nak luah atau apa sahaja, jangan pernah rasa menyesal dan sedih
sangat kalau end result tak seperti yang kita nak.
Itu adalah risiko ‘one sided love’. Kalau kena reject,
kau jangan sedih. Kau bukan tak lawa, bukan tak baik, bukan tak bijak. Orang
baik itu ramai, is just he is not the one.
“A boy will never forget the girl he couldn’t have. A
girl will never forget the boy she should have had.”
-Janganlah akhirnya kau menyesal sebab kau tak pernah cuba untuk dapatkan kepastian.
-Janganlah akhirnya kau menyesal sebab kau tak pernah cuba untuk dapatkan kepastian.